Tuesday, June 08, 2004

Takziah buat Lynn...

First of all.. takziah diucapkan kepada Lynn atau nama sebenarnya "Norsalina Binti Rawaji" diatas kehilangan ayahnya dalam kemalangan petang semalam... semoga rohnya dicucuri rahmat... disini aku nak letakkan artikel berita yang aku dapat dari Berita Harian Online dan Utusan Online tentang kemalangan tersebut... thanks goes to Ainie coz informed me via sms... here goes the news...

3 beranak mati, 7 cedera nahas
Oleh Mokhtar Alias, Hasnira Hassan dan Arhiza Ahmad


BAS ekspres yang berbabas selepas berlanggar dengan sebuah kereta di KM 245.3, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Senawang, semalam. – Gambar oleh Hamzah Md Som

SEREMBAN: Tiga beranak meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan bas ekspres Seni Budaya di Kilometer 245.3, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), berhampiran Senawang, petang semalam.

Mangsa dikenali Rawaji Shamsuri, 60, dari Felda Pasir Raja, Kulai, Johor dan dua anaknya, Norfaizah, 18, serta Noraini, 16 tahun.

Tujuh penumpang bas cedera, manakala pemandu bas, Chei Chun Haw, 43, yang cedera parah dimasukkan ke Hospital Seremban tetapi dilaporkan stabil. Penumpang termasuk tiga wanita yang cedera dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

Mereka ialah Nasrah Md Ghani, 25; Najmin Md Ghani, 21; K Davarathan, 33; Normah Hashim, 38; K Tamil Selvaram, 26; Dinash Nair, 26; dan seorang warga Indonesia, Mariani, 35.

Kereta itu dipandu Rawaji yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Felda Pasir Raja ketika kemalangan jam 3.45 petang itu.


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbunuh.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Proton Iswara putih itu hilang kawalan dan terbabas ke lorong bersebelahan serta bertembung bas ekspres yang membawa 27 penumpang itu.

Bas berkenaan terbalik, dipercayai apabila pemandunya cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta yang datang secara tiba-tiba.

Kepala Rawaji terputus, manakala dua anaknya yang cedera parah pada bahagian kepala tercampak keluar. Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Seremban, Asisten Superintendan Nik Ishak Nik Saad, mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, seorang penumpang yang selamat, Mohamad Iqbal Abdul Kudus, 40, dari Singapura, berkata beliau bersama dua anaknya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti.

Katanya, mereka terkejut apabila secara tiba-tiba sebuah kereta terbabas dari arah bertentangan dan merempuh bas yang mereka naiki.

“Bas kami bergerak pada kelajuan biasa apabila kereta itu datang secara tiba-tiba lalu bertembung,” katanya.

©New Straits Times (M) Berhad

Sumber : Berita Harian Online - 08 Jun, 2004

Tiga sekeluarga maut nahas jalan raya

SEREMBAN 7 Jun - Tiga sekeluarga terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Iswara dengan bas ekspres di Kilometer 245.3, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini petang ini.

Ini merupakan kemalangan ketiga berlaku dalam tempoh seminggu di kawasan berhampiran iaitu di kilometer 244 pada 30 Mei dan satu lagi kemalangan maut pada 2 Jun di kilometer 232.

Mangsa yang terkorban hari ini dikenali sebagai Rawaji Samsuri, 60, dan dua anak perempuannya, Norfaizah, 18, dan Noraini, 16, pelajar tingkatan empat aliran Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor.

Keluarga itu berasal dari Felda Pasir Raja, Kulai, Johor.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika kereta Proton Iswara yang dinaiki oleh mangsa dari arah Kuala Lumpur dikatakan terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh oleh bas ekspres (PFX 9527) yang berada di laluan memotong.

Kereta itu kemudiannya tercampak ke dalam parit pembahagi jalan, manakala bas berkenaan berpusing kira-kira tiga kali sebelum terbalik kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan tiga beranak yang menaiki kereta Proton Iswara mati di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu bas tersebut, Chai Chuan How, 60, dan tujuh penumpang, Mariani, 35, seorang pelancong dari Indonesia, Nasrah Md Ghani, 25, dan adiknya Najimin, 19; K. Devanethen, 33; Normah Hashim, 38; K.Tamil Selvan, 26, dan Donesh Nair, 26, dihantar ke Hospital Besar Seremban untuk rawatan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Seremban, Nik Ishak Nik Said berkata, ketiga-tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

"Ketiga-tiga mangsa dikatakan mengalami kecederaan serius di kepala dan bahagian badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, bas tersebut dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur dan membawa 27 orang penumpang.

``Kita telah mendapatkan bantuan dari Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Pertahanan Awam (JPA3) bagi mengeluarkan mayat Rawaji yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang," katanya.

Sumber : Utusan Online - 08 Jun, 2004

emm... dari apa yang aku tau (atau hipotesis aku)... ayah Lynn nih sebenarnya pulang dari menjenguk Lynn (atau mungkin sebenarnya menghantar Lynn) balik ke UPM... sebabnya CH dah nak start buat preparation untuk intake student baru UPM... bebudak UPM pun akan start sem tak lama lagi... apa nak buat... dah ajal ditangan Tuhan... aku tak penah jumpa lagi arwah ayah Lynn nih... tapi penah laa jumpa emak Lynn masa Hari Raya 2 tahun lepas... aku kenal Lynn pun start dalam CH lagi... time raya tu, Sue turun umah Imah... so, pakat skali dengan Lynn ajak diorang ni datang umah beraya... tak salah aku, kitorang pakai keter Proton Iswara putih tu laa... yup... memang keter tu... then lepas beraya umah aku, kitorang turun JB lak beraya umah Reza... naik keter tu gak (sebab tu je keter yang family dia ader)... apapun, sabarlah dalam menghadapi dugaan Tuhan... kita perlu sedar yang nyawa kita ni bole ditarik Tuhan sekelip mata jer... kepada yang lain, nasihatkanlah keluarga anda semua supaya berhati-hati ketika memandu...

ok.. back to myself... hari sabtu lepas aku pegi KLCC.. dah set blind date dengan sorang member online... member ni dah lama tak online dan chat dengan aku... tetiba jer ari jumaat tu dia online dan ajak aku kuar "window shopping"... aku dah rasa lain macam je... selalunya tak penah pun orang first time (kira first time sebab dah lama sangat tak online) nak ajak kuar... rupa-rupanya "ada dinasour di sebalik mee"... "window shopping" kini bertukar menjadi sesi "marketing promotion"... rupanya dia nak promote aku masuk MLM (Multi Level Marketing)... Heh!! silap oranglaa... aku siap main psikologi lagi tu masa diorang (dia dengan sorang kawan) promote suh masuk diorang punya line... antara soklan yang aku rasa nak gelak jer dia tanya... "Bank apa paling terbesar di dunia?" jawapan aku "Bank Dunia" hihihihihi.... betul apa jawapan aku kan?? sorrylaa... bukan aku tak pikir benda-benda nih... tapi tiga je alasan kukuh kenapa aku tak masuk MLM... first.. "tiada kesungguhan/minat" atau lebih dikenali sebagai malas... kedua... "tak consistent" kejap "on" kejap "off" sebab kalau aku dah boring dengan sesuatu, aku akan tukar dengan yang lain... dan yang paling penting... ianya tak membantu apa-apa dalam perkembangan kerjaya aku skang... kerjaya yang aku minat... lainlaa kalau dia offer "beli 1 hard disk, dapat 2 hard disk percuma"... kalau tu for sure agaknya aku masuk kot... hehehe... sorry again to disappoint you Mah... try ur best to other people... even orang yang kenal and better presentation than you pun aku tolak... inikan yang baru kenal...

semalam pegi lagi HUKM... sebab tak jadi buat masa masuk wad ari tu (refer to my previous post)... so, kenalaa jenguk klinik plak... and now they (the doctors, but not my assigned doctor) decided to do it right away (dalam bilik rawatan je...)... dah prepare siap-siap nak buat... dah buh bius hapakebendanya... machine tu plak tak berfungsi (have they ever test all of their machines before doing such a major or minor operation???)... kata jer nak dapatkan ISO9001:2000... kalau camtu "failed" laa kiranyer... bole membahayakan nyawa betul!!!

alamak.. kena abiskan tulis skang... nak jaga exam jap lagi... tapi kena balik dulu tukar baju... umah lagi nak kemas... sebab akan menyambut orang "baru"... hmm...

1 Comments:

At June 10, 2004 at 5:53 PM, Blogger cryofoton said...

erm... ok.. akan disampaikan... meanwhile, kalau nampak archiq online tu silalaa kacau... kecuali kalau status tu busy, memang tak layan... hehehe... sebab office hour memang online.. almaklumlaa keje ngadap komputer jer.. kalau rin tak reti nak cakap apa.. biarlah archiq jer yang membuka bicara... hehehe.. sebab ader benda yang archiq nak tanya skit... tapi segan laa... hehehe... ish malu laa... anyway, archiq tak suka jaga exam pakai office attire waktu malam... perasaan cam letih jer... electrolysis procedure?? erm.. tengok entry "live like a novel story..." ada jawapan disitu...

 

Post a Comment

<< Home